Thursday, July 8, 2010
hukum memakai contact lens haram ke?
sign up churpchurp untuk dapat duit menerusi blog
"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.
Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.
Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian dan penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang.”
Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata:
“Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.
Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?
Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.
Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.
Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:
2 jenis kanta sentuh :-
1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.
2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.
teringin nak beli iPad 2 tapi takde duit klik SINI
Labels:
contact lens,
hukum memakai contact lens
12 comments:
huhu.. logik gak pasal isu nih..
thanx for da info~
aku x menarik klu pakai kontek lens warna pun.. sebab mata sepet.. hhuhu ;(
Jum singgah belog Pink!
Takdir yang mendukacitakan! !
nice post
b4 ni cam tak terfikir pun
sblm ni ade jgk tpikir sbb zaza mmg rabun... so, mmg dr dulu lagi guna lens... bila dh bace entry ni phm la serba sikit...
saye pakai contact lens clear je sbb mmg rabun
huhuhu
thanx 4 da info ye..
erm betol3.
JempotDatangKeBlogTqa
sy rabun, tp ta pkai lens. heeee
totally agree..
itulaa..haram sbnrnye pkai kale laen ni..
kite ptot pkai yg wane clear je 2 spy tak mnrik perhatian org
aku lelaki dan pakai pun sbb rabun... aku ni ganas skit pakai yg ada tangkaii ..hahaha
nak pakai x salah tp kawan sy pakai contact lens sb rabun dan mata dia hampir rosak dan dia dinasihatkan doktor supaya jgn memakai lens sb mata dia ade selapot
Post a Comment